Site icon TechNave BM

Sunway Pyramid perkenal sistem internet tandas yang pertama di Malaysia

Hari ini, Sunway Pyramid telah memperkenalkan sistem Internet of Toilet (IoT) iaitu sistem bilik air konvensional kepada sistem pengurusan yang memberi pengalaman efisien kepada pengguna. Sunway Pyramid dan Rigel Technology mengambil inisiatif secara digital untuk memastikan keperluan pengguna dalam penggunaan sistem tandas pintar terutamanya sepanjang pandemik ini.

Pengenalan IoT mempunyai sensor dan monitor khas yang dipasang pada barangan seperti tong sampah, dispenser sabun dan tisu. Tidak dilupakan juga kelengkapan air utama seperti pili, ruang urinari dan injap tekan serta pemantauan persekitaran seperti kualiti udara, kelembapan suhu, kaunter individu dan panel maklum balas interaktif. Juga terdapat gas ammonia yang akan mengesan dan mencegah bau busuk di bilik air. 

Maklumat yang dikumpul akan dihantar ke pelayan awan (cloud) yang boleh diakses melalui platform web dan aplikasi pintar mudah alih untuk memudahkan pengurusan dan penjejakan. Mereka boleh mengesan sebarang anomali atau kerosakan dengan segera, dapat mengurangkan tempoh gendala dan kos, selain menjimatkan air.

Sensor di paip cuci tangan, sabun, tong sampah dan tempat tisu tandas
Sensor cucian automatik
Sanitiser: untuk memastikan tandas sentiasa bersih
Sensor di dinding (kotak berwarna putih) dan di pintu
Maklum balas yang anda boleh berikan setelah menggunakan tandas

Sunway Pyramid juga bermatlamat untuk mengoptimumkan tenaga kerjanya daripada segi produktiviti. Sebagai contoh, menerusi aplikasi mudah alih IoT, tukang cuci akan dimaklumkan tentang bilik tandas yang memerlukan perhatian segera daripada segi kebersihan atau mengenai bahan-bahan tertentu yang perlu diisi semula, serta diberi penugasan dengan serta-merta. 

Menurut Jason Chin, Pengurus Besar Sunway Pyramid, inovasi ini akan diteruskan untuk keperluan pengguna dan membina konsep bandar pintar. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version