Site icon TechNave BM

Surface Pro 7+ dilancar di Malaysia: Tablet dengan Intel i7, RAM 32GB, SSD 1TB bermula RM4,115

Microsoft Malaysia hari ini telah melancarkan tablet terbaru dalam siri Surface iaitu Surface Pro 7+ dan ia boleh dibeli daripada pengedar sah Microsoft Surface pada harga bermula RM4,115.

Tablet tersebut dilengkapi cipset sehingga Intel Core i7 generasi ke-11, RAM sehingga 32GB dan storan SSD sehingga 1TB yang boleh ditanggalkan. Microsoft juga mengatakan bateri tablet tersebut mampu bertahan sehingga 15 jam, manakala portnya terdiri daripada USB-A dan USB-C untuk dihubungkan dengan pelbagai jenis aksesori.

Surface Pro 7+ turut mempunyai kamera 1080p di hadapan dan belakang, dua Studio Microphone serta pembesar suara Dolby Atmos untuk penggunaan multimedia yang lengkap. Daripada segi mudah alih, tablet baru ini adalah lebih ringan sebanyak 23% daripada generasi sebelumnya.

Surface Pro 7+ terdiri daripada dua varian hubungan, iaitu varian Wi-Fi sahaja bermula RM4,115 dan varian LTE Advanced bermula RM5,314. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli Surface Pro 7+ dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version