Site icon TechNave BM

Suri rumah gamer Malaysia dengan gaji RM18,000

Dalam dunia maya berteknologi pada masa kini, orang ramai telah mula menceburkan diri dalam pelbagai pekerjaan siber terutama gamer. Terkini, seorang suri rumah menarik perhatian netizen apabila berita mengenai sumber pendapatannya tular di internet.

Menurut sumber, Roslinda Embran atau lebih dikenali sebagai Miss Rose Gaming dalam dunia gaming menyatakan bahawa pendapatan pertamanya mencecah RM18,000. Roslinda juga menyatakan bahawa dia tidak menyangka akan mendapat pendapatan yang tinggi. Sebelum ini, Roslinda merupakan seorang suri rumah.

Menurut sumber lagi, Roslinda berpesan kepada yang bercita-cita untuk menjadi gamer berjaya untuk berusaha dan buktikan kejayaan. Anda ingin menjadi gamer berjaya seperti Miss Rose Gaming? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi viral di Malaysia.

Sumber: Saja Gempak

Exit mobile version