Site icon TechNave BM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan membuat panggilan ke telefon anda

Satu kajian soal selidik yang bernama Kajian Pengguna Telefon Bimbit 2019 dan Kajian Pengguna e-Dagang 2019 akan berlangsung bermula pada hari ini, 27 Disember. Kajian ini dijalankan sehingga 31 Mei 2020 dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang.

Anda dinasihatkan mengambil perhatian dan merujuk nombor telefon di bawah untuk memastikan ianya benar daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Rakyat juga tidak perlu bimbang kerana ianya bertujuan untuk pengumpulan data sahaja. Jika panggilan dibuat ketika anda lapang, anda digalakkan untuk memberi kerjasama. Apa pun, MCMC turut menyatakan di dalam pemberitahuan tersebut bahawa penyertaan ini adalah secara sukarela.

Jangan lupa untuk merujuk nombor telefon di atas. Kami tidak mahu anda terpedaya dengan penipu siber. Jika ada yang sudah mendapat panggilan daripada MCMC, beritahu kami di Facebook dan nantikan berita teknologi terkini bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Siakap Keli | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Exit mobile version