Sementara kemelut pengharaman WeChat dan aplikasi China di Amerika Syarikat (AS) masih berterusan, sebuah survei telah dijalankan melalui laman carian popular di China, Weibo berkaitan aplikasi WeChat dan iPhone.
Setakat ini, arahan eksekutif pengharaman WeChat masih memerlukan penjelasan lebih lanjut sama ada ia pengharaman transaksi hanya di AS atau ianya bakal dipadam dari iPhone di seluruh dunia memandangkan iPhone adalah syarikat di bawah AS.
Surveu tersebut menunjukkan keputusan bahawa 95% pengguna di China sanggup beralih ke Android sepenuhnya jika iPhone tidak memiliki WeChat. Untuk pengetahuan anda, WeChat mempunyai kebanyakan pengguna aktif di China.
Terdapat seorang pengguna di Hong Kong merujuk iPhone sebagai ‘sampah elektronik’ (electronic trash) jika ianya tidak mempunyai WeChat. Namun, setakat ini arahan pengharaman WeChat masih tidak jelas dan Apple dilihat masih memberi sumbangan kepada China.
Berkemungkinan, WeChat bagi pengguna di China adalah sama dengan WhatsApp bagi pengguna di Malaysia sebagai medium perhubungan utama. Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

