Site icon TechNave BM

Survei ini dedah ramalan harga PS5 serendah ~RM1385, murah berbanding PS4

Melalui sebuah laman blog perkongsian Reddit, seorang pengguna telah mendedahkan bahawa terdapat tinjauan atau survei dari Nielsen berkenaan PlayStation 5. Perlu kami ingatkan bahawa setakat ini, Sony masih belum memperkenalkan harga rasmi PS5. Berita ini hanyalah khabar yang tidak rasmi.

Untuk pengetahuan anda, Nielsen ialah sebuah syarikat yang membekalkan penganalisisan data yang beroperasi di serata dunia. Terdapat pengguna yang mengongsikan bahawa tinjauan tersebut meletakkan sebut harga tertentu untuk PS5, PS5 Digital £259 (~RM1385), PS5 £349 (~RM1866). Survei tersebut turut mengingatkan bahawa harga yang diletakkan ini hanya untuk tinjauan semata-mata (bukan harga sebenar).

Namun, melalui tinjauan ramalan harga ini, Sony mungkin bakal meletakkan harga PS5 yang lebih rendah berbanding PS4. Apa pun, pengguna yang mengongsikan maklumat ini turut memaklumkan bahawa biasanya harga sebenar produk adalah lebih tinggi 20% daripada ramalan harga dalam survei, menjadikan harga jangkaan kepada £419/£311 (~RM2240/~RM1663).

Terdahulu, kami pernah memaklumkan jangkaan harga dengan nilai kebih kurang sama. Apakah pendapat anda? Adakah harga PS5 bakal menjadi lebih rendah berbanding PS4? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reddit melalui notebookcheck

Exit mobile version