Site icon TechNave BM

Switch tawarkan pakej ansuran iPhone dan iPad tanpa kad kredit! Bermula RM57 sebulan

Penjual produk Apple yang diperakui di Malaysia, Switch kini dilihat menawarkan pakej ansuran iPhone dan iPad untuk semua. Menariknya, pakej ansuran ini menawarkan pembayaran bulanan untuk peranti tanpa kad kredit dan kelulusan yang pantas.

Untuk pelan ansuran iPhone, anda boleh mendapatkannya siri iPhone 12 bermula pada RM131 sebulan. Terdapat juga peranti iPhone lain seperti siri iPhone 7, iPhone SE, iPhone 11 dan iPhone XR. Untuk pelan iPad pula, anda boleh mendapatkan model iPad tertentu bermula pada RM57 sebulan. Anda boleh rujuk harga pakej ansuran seperti di bawah.

Untuk pengetahuan anda, anda boleh memilih sama ada pakej ansuran 24 bulan atau 36 bulan untuk iPhone dan iPad. Anda juga boleh melihat harga pakej ansuran iPhone 12 disini dan iPad disini.

Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu mengikuti langkah yang mudah sahaja. Anda boleh ke kedai Switch berdekatan untuk pengesahan kad pengenalan/IC, mendaftar (dibantu oleh Switcher) dan terus boleh mengambil peranti anda dalam hari yang sama (kelulusan hanya 30 minit).

Apakah pandangan anda mengenai pakej ansuran tanpa kad kredit ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Switch

Exit mobile version