Site icon TechNave BM

SXSW, acara festival muzik, filem turut dibatalkan berikutan COVID-19/Koronavirus

Berikutan penularan wabak COVID-19/Koronavirus, pelbagai acara besar tahunan telah dibatalkan pada awal tahun ini seperti MWC, GDC dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, pembatalan ini bukanlah disengajakan, tetapi kesihatan dan keselamatan orang awam dan media perlu diutamakan. Lebih baik untuk pihak penganjur mengambil langkah pencegahan daripada mengambil risiko penularan virus tersebut.

Terkini, SXSW (South by Southwest) yang merupakan konferens dan festival tahunan untuk muzik, filem dan media interaktif telah dibatalkan berikutan penularan COVID-19/Koronavirus. Acara ini sepatutnya berlangsung pada 14 Mac 2020 hingga 22 Mac 2020. Keputusan ini dibuat berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan rasmi di AS.

Sumber melaporkan Pengarah Kesihatan Interim untuk Austin Public Health menyatakan bahawa keputusan ini dibuat setelah mempertimbangkan faktor saiz acara dan kontak rapat yang akan perlaku. Apa pun, orang awam tidak perlu panik dengan keputusan ini dan dinasihatkan untuk mengamalkan langkah pencegahan bersama.

Kami mengambil peluang ini untuk menasihatkan anda supaya mengamalkan langkah menjaga kebersihan seperti yang disarankan KKM. Jika anda bergejala, segera ke hospital atau klinik untuk membuat saringan dan elakkan berada di tempat orang ramai. Lontarkan pendapat anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNET

Exit mobile version