Site icon TechNave BM

Syarikat automotif Arcfox bergabung tenaga dengan HUAWEI untuk kereta elektrik pandu sendiri

Sebelum ini, HUAWEI pernah terlibat dalam penghasilan sistem operasi kenderaan untuk kereta Mercedez Benz S-Class di pasaran China. Kini, mereka pula telah bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif China, Arcfox untuk teknologi pemanduan autonomi.

HUAWEI akan menggunakan sistem HUAWEI HI pada kereta elektrik mewah dari Arcfox. Teknologi ini menggabungkan paparan pintar HiCar dengan LiDAR dan 5G untuk menawarkan pemanduan autonomi tahap ke-3.

Arcfox Alpha S HBT (HBT – HUAWEI Bluepark Together) akan menjadi kenderaan pertama yang menggunakan teknologi pemanduan autonomi dari sistem HUAWEI HI. Pihak Arcfox menyatakan teknologi ini masih memerlukan perhatian pemandu pada kebanyakan masa untuk jaminan keselamatan penumpangnya.

Arcfox Aplha S HBT ini akan dilancarkan bersama tiga lagi kereta Arcfox lain pada 17 April ini di pameran automotif Shanghai.

Pada minggu lalu, pihak HUAWEI mengesahkan bahawa mereka tidak berhajat untuk mengeluarkan kereta elektrik mereka sendiri. Namun begitu, mereka ingin berkolaborasi dengan pengeluar kereta untuk penggunaan sistem HUAWEI HI.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version