Site icon TechNave BM

Syarikat China hasilkan “game” Among Us tiruan bertajuk Werewolf Among Us

Game sensasi 2020, Among Us, telah mendapat sambutan yang amat hangat pada tahun ini walaupun game tersebut dilancarkan pada 2018. Kini sebuah syarikat dari China yang bernama Shenzhen Youliang Technology ingin menumpang populariti game itu dengan menirunya dan menghasilkan semula sebagai Werewolf Among Us.

Daripada segi corak permainan, ia adalah sama seperti Among Us namun latarnya telah diubah daripada tema sains fiksyen kepada tema abad pertengahan Eropah (medieval) di dalam sebuah istana. Angkasawan dan penyamar (imposter) pula telah digantikan dengan pahlawan dan serigala jadian (werewolf).

Syarikat game China sering meniru dan membina semula game-game Barat yang popular kerana kebanyakan game Barat sukar untuk memasuki pasaran China. Setakat 4 November, Werewolf Among Us yang telah dilancar sejak 28 Oktober lalu telah pun mencapai 478,000 muat turun, mengatasi Arena of Valor yang mencatat 112,000 dan Peacekeeper Elite (PUBG versi China) pada 111,000.

Adakah anda berminat untuk mencuba Among Us versi China ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: South China Morning Post

Exit mobile version