Site icon TechNave BM

Syarikat cip ARM rasmi dijual kepada Nvidia dengan nilai $40 bilion

Terkini, syarikat cip terkenal ARM telah dijual kepada syarikat Nvidia, yang juga merupakan jenama terkenal dalam segmen penghasilan cip grafik. ARM dibeli dengan nilai sehingga $40 bilion (~RM165.94 bilion).

Menurut laporan, ibu pejabat RAM akal kekal bertemoat di Cambridge, tetapi bakal diperluas dengan kemudahan penyelidikan AI bertaraf dunia, dengan sokongan pembangunan kesihatan, robotik, dan bidang-bidang lain.

ARM kini dimiliki Nvidia setelah empat tahun dimiliki oleh Softbank. Turut dilaporkan, beberapa syarikat lain sebenarnya telah didekati untuk penawaran pemilikan ARM seperti Apple, tetapi Apple tidak berminat untuk campur tangan dalam perniagaan ARM.

Apakah nasib ARM setelah dimiliki Nvidia? Beritahu pandangan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BBC

Exit mobile version