Syarikat pembekal makanan dari United Kingdom, Iceland Foods Ltd, baru-baru ini telah menyambut ulang tahunnya yang ke-50. Bagi meraikan jubli emas sejak penubuhan syarikat tersebut, Iceland Foods telah menghantar seketul nuget ayam ke angkasa lepas, menjadikannya nuget pertama yang berada di situ.
Nuget merupakan antara produk terlaris yang dijual oleh syarikat itu iaitu sebanyak 10 juta biji seminggu, jadi memang sesuai produk tersebut dipilih untuk sambutan istimewa ini. Dalam sebuah video yang dimuat naik pada 14 Oktober, nuget tersebut dilancar menggunakan belon cuaca meteorologi dan berjaya mencapai ketinggian lebih 110,000 kaki (33,528 meter) dari permukaan Bumi.
Nuger tersebut mengambil masa dua jam untuk mencapa ketinggian itu, dengan suhu sehingga -60° Celcius. Nuget itu kemudian jatuh ke Bumi dengan kelajuan sehingga 322 kilometer sejam sebelum jatuh ke kawasan pergunungan. Syarikat itu bekerjasama dengan Sent Into Space, sebuah pasukan pakar dalam penerokaan stratosfera untuk menjalankan projek ini.
Iceland Foods turut mengatakan bahawa nuget mereka adalah nuget yang pertama di angkasa lepas. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Sent Into Space

