Site icon TechNave BM

Syarikat pengurus projek internet kerajaan didapati jual tender kepada pihak ketiga – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil semalam mendedahkan beberapa syarikat yang memperoleh projek pembangunan dan naik taraf internet daripada kerajaan didapati menjual projek tersebut kepada pihak ketiga.

Bagaimanapun, keadaan ini dibuat sebelum beliau atau Timbalan Menteri Teo Nie Ching mengambil alih kementerian. Menurut sumber, Fahmi tidak mendedahkan lokasi atau nama syarikat terbabit tetapi menegaskan adalah menjadi tanggungjawab syarikat tersebut untuk menyiapkan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Fahmi telah mengambil tindakan dengan menugaskan pasukannya untuk meneliti perkara tersebut kerana kementerian tidak mahu sebarang kelewatan. Tambahnya, isu ini membabitkan syarikat yang menganugerahkan projek di beberapa kawasan tetapi gagal melaksanakannya sehingga memaksa kementerian mengeluarkan amaran paling keras.

Fahmi menegaskan bahawa beberapa syarikat mengaku telah menjual projek tersebut kepada pihak lain dan menimbulkan persoalan tentang bagaimana syarikat asal memperoleh projek walaupun tidak mampu menguruskannya. Apakah pendapat anda tentang pendedahan daripada Menteri Komunikasi Malaysia ini?

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bernama

Exit mobile version