Site icon TechNave BM

Syarikat Starlink Elon Musk rancang tingkatkan perkhidmatan internet di Malaysia melalui satelit

Starlink merupakan pembekal internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan kependaman (latency) rendah yang dikendalikan oleh syarikat aero angkasa SpaceX Elon Musk. Mereka merancang untuk meningkatkan perkhidmatan internet menggunakan satelit di Malaysia.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkara ini masih dipertimbangkan oleh kerajaan. Beliau turut berkata bahawa wakil Starlink akan berada di Malaysia pada Kahmis depan di ibu pejabat SpaceX untuk meneliti cadangan ini.

Buat masa ini, terdapat syarikat Malaysia yang berpangkalan di Johor yang merupakan pengeluar utama bagi komponen penting bagi satelit yang dibina oleh Starlink. Cadangan ini juga dapat memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk melibatkan diri dalam teknologi angkasa.

Kehadiran Starlink amat penting bagi Malaysia dalam memudahkan agenda transformasi digital dan mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi Malaysia di Asia Tenggara dan di peringkat global.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) iaitu Datuk Arham Abdul Rahman mendedahkan bahawa proses rundingan SpaceX dan Starlink kini berada di peringkat pertengahan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Bernama 

Exit mobile version