Site icon TechNave BM

Syarikat telco luar sahkan iPhone 12 5G akan hadir dalam masa terdekat

Sumber-sumber sebelum ini telah pun mengeluarkan ura-ura bahawa iPhone 12 bakal dilancarkan pada Oktober ini. Berita ini sepertinya turut disahkan oleh syarikat telekomunikasi British melalui pernyataaan dari Mark Allera, CEO British Telecom.

Dalam sebuah video yang memaparkan Marc Allera bersama bersama eksekutif Apple Eddy Cue, Marc mengeluarkan pernyataan bahawa pelancaran besar Apple seterusnya, iPhone 5G adalah tidak lama lagi yang mana akan merangsangkan segmen 5G.

“We are just days away from Apple’s next major launch, a 5G iPhone, which will be a huge boost for 5G”

Biasanya, iPhone terbaru dari Apple diumumkan pada September. Namun, sumber-sumber lalu telah melaporkan bahawa Apple sendiri seperti memberi bayangan bahawa pelancarannya akan ditunda kepada beberapa minggu dari tarikh kebiasaan mereka. Terdahulu, sumber melaporkan iPhone 12 bakal dilancar pada 12 Oktober atau sekitar tarikh tersebut.

Anda boleh membaca berita-berita lepas mengenai iPhone 12 termasuk ramalan spesifikasi dan khabar angin harga iPhone 12 yang hadir tanpa pengecas, mungkin berharga ~RM3,081.

Adakah anda sudah bersedia untuk iPhone 12? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version