Site icon TechNave BM

Syarikat telefon pintar China ini didapati bersalah! Pasang perisian hasad dalam telefon

Baru-baru ini, mahkamah di China telah memutuskan bahawa sebuah syarikat telefon pintar di negara tersebut didapati bersalah untuk kesalahan memasang perisian hasad dalam telefon pintar keluaran mereka. Syarikat telefon pintar bernama Gionee ini memasang perisian hasad pada kira-kira 20 juta peranti.

Menurut sumber, perisian hasad yang diletakkan dalam peranti adalah Trojan Horse. Ianya digunakan mendapat wang dari iklan dan jahat lain tanpa pengetahuan pengguna. Perisian hasad ini dilapor hadir melalui kemas kini perisian pada aplikasi “Story Lock Screen”. Pihak bertanggungjawab dari syarikat subsidiari Gionee, Shenzhen Zhipu Technology Co. Ltd. telah didakwa di atas kesalahan ini.

Sebenarnya, perkara ini bukanlah perkara asing dalam kalangan syarikat peranti murah di China. Beberapa syarikat telefon pintar seperti Infinix dan Tecno terdahulu turut didapati bersalah di atas kesalahan ini.

Jenama Gionee mungkin tidak dipasarkan secara rasmi di negara Malaysia, namun mungkin ada pengguna yang mendapatkannya di laman-laman e-dagang. Oleh itu, kami menyeru untuk anda mengambil tahu tentang berita mengenai perisian hasad untuk telefon pintar anda.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version