Site icon TechNave BM

Syarikat telekomunikasi derma hampir RM8.75 juta dalam usaha membendung COVID-19

Beberapa syarikat berkait kerajaan (GLC) telah menubuhkan tabung GLC Disaster Relief Network (GDRN) bagi membantu Kementerian Kesihatan melawan penularan wabak COVID-19 dan merawat ribuan pesakit yang telah dijangkiti penyakit itu. Setakat ini, RM49.3 juta sudah pun dikumpul daripada pelbagai GLC di mana RM40.5 juta berupa bekalan perubatan dan RM8.8 juta untuk berkalan lain.

Syarikat telekomunikasi tempatan juga telah memberi sumbangan dalam tabung tersebut, termasuk Celcom sebanyak RM100,000 serta Digi, Telekom Malaysia, TIME dan U Mobile masing-masing menyumbang sebanyak RM1 juta kepada GDRN.

Sementara itu, syarikat teknologi swasta dari China, Huawei Technologies, juga telah menyumbang sebanyak US$1 juta (RM4.5 juta) kepada tabung GDRN. Sumbangan mereka adalah berupa peralatan seperti sistem Telepresence, WiFi, AI Cloud dan telefon pintar.

Jika terdapat hikmah di sebalik dugaan COVID-19 ini, ia adalah bagaimana pelbagai syarikat yang sebelum ini saling bersaing kini bekerjasama untuk memenuhi agenda yang lebih utama. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter U Mobile, SKMM

Exit mobile version