Syarikat storan rangkaian Synology hari ini mengumumkan produk-produk dan penyelasaian baharu dalam kategori sandaran pintar, storan bertaraf perusahaan dan penyelesaian kolaborasi untuk pelbagai organisasi dan perniagaan. Selain menyediakan prestasi storan yang tinggi, ia juga meningkatkan daya ketahanan siber.
Syarikat itu melancarkan produk-produk baharu ini sempena ulang tahunnya yang ke-25. Pelbagai perusahaan terkemuka dalam rantau Asia Tenggara telah mengiktiraf Synology sebagai rakan strategik untuk meningkatkan kecekapan operasi dan memperkukuh daya ketahanan siber. Di Malaysia sahaja, Synology menyaksikan perkembangan sebanyak 130% dalam tempoh lima tahun.
Pada tahun ini sahaja, Synology telah melancarkan ActiveProtect iaitu peranti sandaran khusus untuk perusahaan bagi melindungi beban kerja di pelbagai lokasi. Ia menawarkan kapasiti antara 8TB hingga 140TB untuk memenuhi keperluan pelbagai senario.
Mereka turut memperkenalkan PAS7700 iaitu storan perusahaan all-NVMe pertama daripada Synology, yang memberikan seni bina hujung-ke-hujung (end-to-end), mencapai sehingga 2 juta IOPS dengan daya pemprosesan 30 GB/s dengan kependaman kurang daripada 1 milisaat.
Pada masa hadapan, Synology akan memperkenalkan kecerdasan buatan (AI) ke dalam fungsi-fungsi Synology Office Suite seperti Pengecaman Karakter Optik (OCR), carian semantik, ringkasan dan terjemahan masa nyata. Ia akan dikuasakan oleh pelayan di premis (on-premises servers) untuk memastikan data yang sensitif kekal sulit.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan teknologi Synology dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

