Twitter kini sedang menguji tatalan secara menegak dalam tab Teroka (Explore) dalam aplikasinya. Ciri ini mengambil inspirasi daripada TikTok dan hanya tersedia untuk segelintir pengguna di India buat masa ini. Antara muka pengguna yang diperbaharui telah mengalih keluar tab COVID-19, Berita, Sukan dan Hiburan.
Hanya mengekalkan tab “Untuk anda” (For you) dan “Arah Aliran” (Trending). Ini membolehkan pengguna menggunakan Teroka dalam bentuk lebih mudah. Twitter berkata ia sedang menguji ciri tersebut dalam kalangan pengguna Android dan iOS.
Twitter membawa banyak perubahan sejak beberapa bulan lalu dan tidak mengejutkan jika menatal secara menegak menjadi ciri standard pada platform itu nanti. Baru-baru ini, syarikat itu mengeluarkan Twitter Blue iaitu perkhidmatan langganan premium dengan ciri yang dipertingkatkan dan pelengkap sebagai tambahan kepada ciri Twitter biasa.
Salah satu ciri perkhidmatan yang menonjol ialah keupayaan untuk membuat pengubahan atau menarik balik tweet. Ini dicapai dengan bantuan pemasa 30 saat untuk membetulkan kesilapan menaip atau sebarang ralat lain dalam tweet. Walaupun Twitter Blue pada mulanya terhad kepada pengguna iOS, ia mendapat sokongan untuk peranti Android pada bulan November.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi baharu Twitter ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: AndroidHeadlines

