Site icon TechNave BM

TABAH NSEA peroleh pingat gangsa untuk Malaysia dalam acara PUBG MOBILE Sukan SEA Hanoi

Pasukan PUBG MOBILE Malaysia, TABAH NSEA melakukan kebangkitan dramatik dalam perlawanan terakhir mereka di Sukan SEA Hanoi yang menyaksikan mereka merangkul pingat gangsa dengan kelebihan satu mata. Ia menandakan kejayaan besar bagi Malaysia kerana ini adalah kali pertama PUBG MOBILE menjadi acara rasmi dalam Sukan SEA.

Pasukan TABAH NSEA yang terdiri daripada MAS1Franky (Mohamad Amizul Hafiz Bin Mohd Fadzli), MAS1Magix (Muhammad Irfan Jafni Bin Mohamad), MAS1Flax0P (Muhammad Farish Husaini Bin Zailani), MAS1XRushNN1 (Muhammad Faiz Aiman ​​Baharuddin Bin Abdullah), MAS1Aduka (Muhammad Aduka Ikmal Bin Nor Azmi) dan MAS1Jumper (Muhamad Izzrudin Hashim) menunjukkan keazaman dan terus berusaha sehingga perlawanan akhir.

Usaha mereka membuahkan hasil apabila berjaya mengubah kedudukan dengan mendapatkan dua Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) dan berjaya merangkul pingat gangsa dengan mata akhir berjumlah 148.

Turut mewakili Malaysia, pasukan GEEK FAM yang terdiri daripada MAS2DamRUDE (Mohd Irzam Aman Bin Mohd Zaini), MAS2Qb (Ahmad Syafiq Imran Bin Mohamad), Snipes (Mohamad Nabil Bin Nazaruddin), MAS2uHigh (Muhammad Dhiya Ulhaq) dan MAS2SONiXs (Nadzrul Bin Abdul Sagal ) berada di tempat ke-7 dengan kejayaan mendapatkan satu WWCD dan mengumpul mata sebanyak 120.

Sementara itu, dalam kategori solo, dua atlet Malaysia diletakkan antara 10 terbaik dengan JUMPER di tempat ke-6 dengan 87 mata dan UHIGH di tempat ke-10 dengan 78 mata. Penamat di tempat ke-20 ialah XRUSH dengan 61 mata, tempat ke-26 FRANKY dengan 59 mata, tempat ke-32 DAMRUDE dengan 51 mata dan tempat ke-45 SNIPES dengan 31 mata.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version