Site icon TechNave BM

Tablet ‘flagship’ Samsung Galaxy Tab S7+ bakal hadir dengan Snapdragon 865, skrin 120Hz

Selain daripada telefon pintar, tablet juga merupakan gajet yang menjadi buruan ramai. Jika telefon pintar mempunyai kelas permulaan, pertengahan dan flagship, begitu juga dengan tablet. Terkini, siri tablet flagship Samsung telah tular di internet, siri Samsung Galaxy Tab S7 termasuklah spesifikasi menarik Galaxy Tab S7+.

Galaxy Tab S7+ dikatakan telah dilihat muncul di penyenaraian Geekbench. Berdasarkan markah yang diperoleh, sumber menjangkakan ianya memperlihatkan markah yang dimiliki oleh cipset Snapdragon 865 dan RAM 6GB.

Tambah sumber, terdapat laporan yang menyatakan bahawa Samsung sedang membina tablet berukuran 11 inci dan 12.4 inci (versi WiFi dan selular). Galaxy Tab S7 dan Galaxy Tab S7+ dikatakan bakal hadir dengan skrin 120Hz, sejajar dengan Apple iPad Pro terkini.

Bateri Galaxy Tab S7+ pula dikhabarkan bakal dihuni kapasiti 10,090mAh, manakala 7,760mAh untuk Galaxy Tab S7. Apa pun, khabar ini belum diketahui sejauh mana kebenarannya. Mungkin maklumat lebih jelas akan tampil pada hari-hari yang seterusnya.

Gambar bayangan rekaan siri Samsung Galaxy Tab S7

Apakah pandangan anda mengenai tablet flagship ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version