Site icon TechNave BM

Tablet HONOR Tab V7 Pro diacah, mungkin hadir dengan cipset Dimensity 1300T!

HONOR bakal mengadakan acara pelancaran pada 12 Ogos ini dimana mereka akan melancarkan telefon pintar siri HONOR Magic3. Kini, mengikut sumber baru, mereka juga bakal melancarkan sebuah tablet premium yang hadir dengan nama HONOR Tab V7 Pro. Sebuah video acahan telah dimuat naik menunjukkan reka bentuk peranti tersebut.

Melihat kepada video pendek itu, ia bakal hadir dengan kemasan kulit berwarna biru. Ia juga dilihat menggunakan reka bentuk modul kamera seakan siri HONOR 50. Selain dari itu, kita dapat lihat slot kad SIM pada belah kiri dan jenama HONOR di panel belakangnya.

Yang lebih menarik, mengikut sumber dalam talian, HONOR Tab V7 Pro ini akan menjadi tablet pertama dunia yang dikuasai oleh cipset Mediatek Dimensity 1300T. Untuk pengetahuan anda, cipset ini belum lagi dilancarkan secara rasmi.

Sumber juga menunjukkan gambar cetakan siaran akhbar rasmi Mediatek mengenai cipset baru Dimensity 1300T. Mengikut siaran akhbar itu, ia adalah cipset bersaiz 6nm yang direka khas untuk tablet dan akan dilancarkan pada 26 Julai ini. Tambahan lagi, HONOR akan mendapat ekslusiviti cipset ini selama 6 bulan yang pertama.

Namun begitu, tiada lagi informasi lanjut mengenai cipset baru ini dan HONOR Tab V7 Pro.

Nantikan berita mengenai peranti baru HONOR di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version