Site icon TechNave BM

Tablet HUAWEI MatePad Pro akan hadir ke pasaran Malaysia dalam waktu terdekat

Peminat HUAWEI di Malaysia boleh membeli tablet terbaru daripada syarikat tersebut, HUAWEI MatePad Pro, tidak lama lagi. Tablet ini mempunyai skrin FullView Display QHD 2K berukuran 10.8 inci dengan nisbah aspek 16:10 dan nisbah skrin-ke-badan setinggi 90 peratus, di mana ketebalan sempadan bezel-nya hanya 4.9mm.

MatePad Pro dilengkapi cipset Kirin 990, RAM 8GB, storan 256GB, bateri 7,250mAh dan menyokong teknologi 40W HUAWEI Super Charge. Namun, hanya pengecas 20W yang diberikan apabila anda membelinya. Selain itu, ia juga adalah tablet pertama yang menyokong pengecasan wayarles serta pengecasan berbalik (reverse charging).

Daripada segi perisian, ia mempunyai Multi-window dan HUAWEI Share di mana ia boleh berkongsi skrin dengan beberapa peranti HUAWEI lain dengan hanya satu sentuhan. Ia juga mempunyai aplikasi panggilan video yang baru diumumkan, HUAWEI MEETime, untuk mutu panggilan video yang lebih tinggi walaupun dalam signal yang lemah.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki tablet HUAWEI ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version