Site icon TechNave BM

Tablet Legion Y700 dan 2 komputer riba mungkin dilancar bersama telefon Lenovo Legion Y90

Lenovo bakal menganjurkan sebuah acara pelancaran pada 28 Februari 2022 di mana mereka dijangka akan melancarkan telefon pintar gaming Lenovo Legion Y90. Kini terdapat maklumat mengatakan bahawa mereka mungkin akan melancarkan tiga lagi produk baharu iaitu tablet Legion Y700 serta komputer riba Legion Y7000P dan Legion Y9000P.

Legion Y700 dikhabarkan akan dilengkapi skrin LCD berukuran 8.8 inci dengan resolusi 2560×1600, kadar segar semula 120Hz, kecerahan 500 nits, sokongan HDR10 dan teknologi Dolby Vision. Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 870, RAM LPDDR5 8GB atau 12GB, storan UFS 3.1 128GB atau 256GB, bateri 6,650mAh dan pengecasan pantas 45W.

Perbandingan spesifikasi antara tablet Legion Y700 dan telefon Legion Y90

Ia turut dilengkapi penyejukan kamar wap, port USB 4.1 Gen 2, dwi-motor tindak balas haptik paksi-X, pembesar suara stereo JBL, bicu audio 3.5mm dan akan disertakan bersama pengecas 50W. Untuk fotografi pula, ia akan dilengkapi kamera utama 13MP dan kamera swafoto 8MP.

Tablet Legion Y700 ini mungkin akan bersaing dengan tablet ASUS ROG Flow Z13 yang dilancar pada Januari lalu, di mana ia merupakan tablet gaming tercanggih pada waktu ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan empat produk Lenovo di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version