Site icon TechNave BM

Tablet OnePlus dalam pembangunan, mungkin dilancar pada Jun 2023

OnePlus baru sahaja melancarkan OnePlus 11 di China. Kini, terdapat laporan baru yang menunjukkan bahawa tablet OnePlus sedang dalam pembangunan menunjukkan ia mungkin dilancarkan di India tidak lama lagi.

Nama kod untuk tablet Oneplus adalah Aries yang dijangka membawa nama sebagai OnePlus Tab atau OnePlus Pad. Walaupun banyak maklumat tidak didedahkan, kami menjangkakan ia akan dilancar sekitar Jun 2023 bersama OnePlus 11R.

Selain itu, laporan juga mengatakan tablet OnePlus ini diilhamkan oleh salah satu tablet OPPO yang kini tersedia di pasaran. Sudah pasti, ia akan membawa beberapa perubahan dalam reka bentuk dan spesifikasi. 

Seperti biasa, ini hanyalah sekadar jangkaan dan kami masih menunggu berita seterusnya mengenai tablet OnePlus. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version