Dalam sebuah wawancara bersama media, Hu Baishan yang merupakan Naib Presiden Eksekutif vivo berkata bahawa syarikatnya akan memperkenalkan cipset ISP pertama buatan mereka pada September ini.
Beliau menambah, selain daripada memperkenalkan cipset tersebut, vivo juga akan melancarkan tablet pertama mereka. vivo telah mengemukakan paten reka bentuk dan tanda dagang bagi tabletnya yang dijangka tiba di pasaran pada penggal pertama tahun 2022.
Seterusnya, vivo sedang menfokuskan pengeluaran tablet berbanding peranti lain. Hal ini kerana integrasi antara telefon pintar dan tablet lebih baik berbanding produk lain. Malangnya, Naib Presiden Eksekutif vivo itu tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai tablet itu yang mungkin diberi nama sebagai vivo Pad.
Tidak ketinggalan juga, iQOO yang merupakan sub-jenama vivo dijangka akan turut melancarkan tablet pertama mereka. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet pertama oleh vivo dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizmochina

