Site icon TechNave BM

Tahu irama lagu tapi tidak tahu tajuknya? Nyanyikan saja dalam YouTube Music untuk cari

Buat para pengguna platform penstriman muzik YouTube Music, ia akan menyediakan sebuah ciri baharu di mana anda boleh nyanyikan irama lagu kepada mikrofon untuk mencari dan mengetahui maklumat penuh mengenai lagu tersebut.

Ini sebenarnya adalah fungsi carian serupa yang diperkenalkan dalam Shazam serta Google Assistant sejak 2020. Untuk YouTube Music, fungsi ini telah diuji dengan para pengguna terpilih sejak 2023.

Untuk menggunakannya, anda perlu pergi ke ruang carian (search bar) dalam YouTube Music dan tekan pada ikon gelombang audio di sebelah ikon mikrofon. Kemudian, anda hanya perlu nyanyikan irama lagu tersebut, kemudian YouTube Music akan menyenaraikan lagu-lagu yang sepadan dengan irama yang dinyanyikan.

Klik pada ikon gelombang audio di bahagian atas kanan
Nyanyikan lagu sebaik mungkin
Ia akan memaparkan hasil carian, berdasarkan lagu yang anda nyanyi

Kami telah mencuba fungsi ini dan hasil cariannya boleh diharap, termasuklah untuk lagu-lagu Malaysia. Perlu diingati bahawa hasil cariannya tidak tepat sepenuhnya, jadi anda perlu nyanyikan irama lagu sebaik mungkin. Ia berbeza dengan Google Assistant yang boleh menyenaraikan peratus persamaan di antara lagu yang dinyanyikan dengan lagu yang dipaparkan dalam hasil carian.

Beritahu kami di Facebook jika fungsi ini akan membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version