Site icon TechNave BM

Tak lama lagi, anda boleh membuat panggilan berkumpulan dalam WhatsApp melebihi empat orang

Dengan pelaksanaan pelbagai bentuk kuarantin di seluruh dunia pada waktu ini, tentunya ramai orang bergantung kepada panggilan melalui internet untuk kekal berhubung bersama orang tersayang atau rakan sekerja. Aplikasi seperti Zoom rancak digunakan sebagai platform panggilan video-audio di mana beberapa orang boleh berhubung secara serentak.

Nampaknya kini WhatsApp juga merancang untuk memperkenalkan ciri yang serupa, di mana sebuah panggilan membenarkan lebih daripada empat peserta untuk berhubung. Pada masa ini, WhatsApp hanya membenarkan empat pemanggil dalam satu-satu masa untuk sebuah panggilan, jadi ia mengehadkan kebolehannya untuk membuat mesyuarat.

Beberapa baris kod dalam WhatsApp versi beta menunjukkan aplikasi itu sedang bersiap untuk meningkatkan bilangan pemanggil dalam panggilan berkumpulan. Namun setakat ini masih tidak diketahui jumlah maksimum pemanggil yang dibenarkan untuk satu panggilan.

Adakah anda akan menggunakan WhatsApp untuk membuat panggilan beramai-ramai selepas ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WABetaInfo

Exit mobile version