Site icon TechNave BM

Tak perlu dekoder lagi! Astro X3 dilancar 20 Julai ini dengan langganan bermula RM39.99

Astro bakal memperkenalkan perkhidmatan penstriman terbaharunya, Astro X3, bermula 20 Julai 2026 dengan tawaran harga langganan bermula daripada RM39.99 sebulan. Perkhidmatan ini direka untuk membolehkan pengguna mengakses kandungan Astro secara terus menerusi sambungan internet tanpa memerlukan kotak set-top atau proses pemasangan di kediaman.

Pengguna hanya perlu memiliki sambungan internet yang stabil dan peranti yang serasi untuk mula menstrim kandungan. Ia disasarkan kepada pengguna yang mahukan fleksibiliti dalam mengakses hiburan tanpa perlu menunggu proses pemasangan atau komitmen jangka masa panjang.

Walau bagaimanapun, Astro menjelaskan bahawa pilihan langganan tanpa kontrak hanya akan mula ditawarkan kepada pengguna bermula pada bulan Disember 2026. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini, pendaftaran minat boleh dibuat melalui laman web rasmi Astro dengan mengisi borang yang disediakan.

Pihak Astro akan memaklumkan kepada pengguna sebaik sahaja perkhidmatan ini tersedia untuk dilanggan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Astro melalui aplikasi WhatsApp atau mengunjungi cawangan Astro yang berdekatan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Astro

Exit mobile version