Site icon TechNave BM

Taktik baru ‘scammer’, anda terpilih sebagai penguji aplikasi beta Bank Negara Malaysia

Sememangnya, Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai aplikasinya tersendiri. Namun, BNM melaporkan bahawa terdapat gerakan baru daripada penipu siber (scammer) yang menggunakan nama BNM.

Penipuan ini mendakwa terdapat individu terpilih untuk menguji aplikasi beta BNM. Beta merupakan versi aplikasi yang masih diuji, sebelum pelancarannya yang sah. BNM tampil memberi amaran melalui sebuah perkongsian di laman Facebooknya bahawa pihak mereka tidak memilih individu secara rawak untuk menguji aplikasinya.

Bukan itu sahaja, jika anda menerima apa-apa panggilan, SMS, WhatsApp dan sebagainya untuk meminta butiran perbankan anda, ketahuilah bahawa semua ini adalah gerakan penipu siber. Kami menyarankan agar anda sentiasa berhati-hati jika ada yang meminta sebarang butiran perbankan.

Gerakan penipuan siber kini semakin rancak memandangkan pelbagai organisasi telah mula melakukan urusan secara dalam talian. Pastikan anda berurusan dengan organisasi rasmi untuk sebarang urusan. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BNM

Exit mobile version