Site icon TechNave BM

Tamagotchi versi khas Neon Genesis Evangelion diperkenalkan di Jepun

Para pembaca mesti pernah tahu tentang permainan elektronik Tamagotchi pada zaman 1990-an dulu bukan? Di Jepun, Tamagotchi masih lagi mendapat sokongan peminat tempatan dan dalam masa terdekat ini, sebuah siri Tamagotchi bertemakan anime Neon Genesis Evangelion akan dilancarkan pada 13 Jun ini.

Siri Tamagotchi baru ini terdiri daripada tiga model yang melambangkan tiga robot protagonis utama dalam anime tersebut. Seperti dalam Tamagotchi biasa, pemain perlu menjaga salah satu daripada 20 Angel berlainan daripada kecil sehingga besar.

Angel itu akan dibesarkan dalam dunia Evangelion dan perlu mengelak Longinus Spear yang boleh membunuh mereka. Produk ini dilancarkan khas bagi menyambut penyiaran filem Evangelion keempat, Evangelion: 3.0+1.0, pada 27 Jun ini di Jepun.

Setakat ini ia hanya boleh ditempah di Jepun dengan harga 2,530 yen (~RM102). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki Tamagotchi edisi khas ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Tamagotchi

Exit mobile version