Site icon TechNave BM

Taman tema termasuk taman tema air dibuka mulai 1 Julai 2020!

Melalui berita ringkas ini, kami hanya ingin memaklumkan berita gembira kepada anda. Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa taman tema termasuk taman tema air boleh mula beroperasi bermula 1 Julai 2020.

Seiringan dengan pengumuman ini, beberapa perkara lain turut diumumkan seperti kebenaran kehadiran tetamu di Majlis Perkahwinan, Akad Nikah tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa.

Selain itu, saringan suhu badan juga hanya dilakukan sekali sahaja pada pintu masuk utama pusat beli belah.

Apa pun, kami menyarankan anda untuk sentiasa berhati-hati dan mengamalkan tahap kebersihan yang baik di tempat orang ramai. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Astro Awani

Gambar ihsan Bukit Gambang Water Park

Exit mobile version