Site icon TechNave BM

Tangguhkan perjalanan ke Disneyland berikutan COVID-19, taman tema ditutup buat sementara

Terkini, taman tema Disneyland California bakal ditutup bermula esok, 11 Mac 2020 (Sabtu). Keputusan ini dibuat berikutan saranan kerajaan California yang menyatakan bahawa sebarang perhimpunan yang melibatkan lebih daripada 250 individu di California perlu dibatakan sepanjang bulan Mac ini.

Selain Disneyland California, Walt Disney World dan Disneyland Paris juga bakal ditutup pada 15 Mac 2020 (Ahad ini). Penutupan sementara turut berlaku di Shanghai Disney, Hong Kong Disney dan Tokyo Disneyland pada Januari lalu.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, penutupan ini adalah satu usaha proaktif berikutan penularan COVID-19 yang sudah diumumkan sebagai satu pandemik oleh WHO. Kami juga berharap agar rakyat Malaysia menyahut saranan KKM untuk mengelakkan daripada menghadiri sebarang perhimpunan pada waktu getir ini.

Luahkan pendapat anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNET

Exit mobile version