Site icon TechNave BM

Tanyalah ‘Putri’, chatbot AI daripada PLUS untuk servis maklum balas

Seunik namanya, Putri merupakan chatbot dengan program perisian kecerdasan buatan (AI) yang diumumkan untuk servis maklum balas pelanggan. Usaha daripada pihak PLUS ini diwujudkan untuk membantu berinteraksi dengan para pelanggan dengan cara yang lebih mudah.

Putri ialah singkatan nama daripada PLUS Texting Realtime Interface. Putri dilaporkan mampu menangani 70% daripada 1,500 jangkaan panggilan pelanggan yang diterima setiap hari berkenaan maklumat trafik di lebuh raya PLUS. Dengan kewujudan chatbot ini, staf lain boleh mengutamakan panggilan kecemasan atau urusan bantuan pelanggan yang mempunyai masalah di lebuh raya.

Untuk itu, jika anda menginginkan maklumat mengenai kadar tol, kemas kini trafik dan sebagainya, anda boleh menggunakan servis Putri. Putri akan berfungsi sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2020 untuk servis maklumat yang lebih pantas dan mesra pengguna.

Kami merasakan Putri bakal membantu pengguna lebuh raya PLUS dengan lebih baik. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MalayMail

Exit mobile version