Site icon TechNave BM

Tarikh jualan besar Steam bocor: Bermula 25 Jun hingga 9 Julai 2020

Selain daripada tarikh pelancaran peranti gaming, tarikh jualan atau promosi juga merupakan tarikh keramat yang penting untuk institusi gaming. Terkini, sumber telah melaporkan tarikh jualan ‘Summer Sale’ Steam yang bakal berlangsung bermula pada 25 Jun sehingga 9 Julai 2020.

Tarikh jualan ini dibocorkan oleh pembangun SteamDB, Pavel Djundik melalui laman Twitternya. Penjadualan tarikh jualan yang bermula pada 25 Jun ini dilihat agak panjang tempohnya. Dalam masa dua minggu tersebut, anda mempunyai masa untuk berfikir game manakah yang bernilai untuk anda dapatkan.

Selain pendedahan tarikh ini, Valve turut dilaporkan sedang membina sistem loyalti yang berbentuk ganjaran. Ganjaran akan diberikan kepada pengguna yang memberi reaksi kepada ulasan game. Valve mungkin akan menyediakan ganjaran item, mata untuk menaikkan tahap dalam game atau diskaun.

Apa pun, kita perlu nantikan maklumat rasmi daripada pihak Steam atau Valve berkenaan tarikh ini. Apakah game yang anda ingin dapatkan dengan harga diskaun? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita gaming terkini.

Sumber: Techspot

Exit mobile version