Site icon TechNave BM

Tarikh pelancaran OnePlus Nord 2 5G didedahkan secara tidak sengaja

OnePlus telah pun mengesahkan kewujudan telefon pintar OnePlus Nord 2 5G yang akan dilancar, namun mereka tidak memaklumkan tarikh pelancaran untuk peranti tersebut. Kini, sebuah laman web e-dagang telah memaklumkan tarikh pelancaran Nord 2 5G namun ia kini telah dipadam.

Laman web e-dagang Amazon India telah menulis tarikh pelancaran OnePlus Nord 2 5G pada hari Khamis, 22 Julai. Walau bagaimanapun, laman web itu telah memadam gambar tersebut tidak lama kemudian.

Sementara itu, laman web rasmi OnePlus Nord 2 5G juga telah diturunkan. Semalam, laman web tersebut telah didirikan bersama pengesahan telefon tersebut, di mana para pelanggan boleh mendaftarkan diri untuk sebuah newsletter bagi maklumat lanjut tentang telefon itu.

Nord 2 5G akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1200-AI, namun spesifikasi lain masih tidak diketahui. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version