Site icon TechNave BM

Tarikh pelancaran OPPO Find X3 tertiris

Telefon pintar andalan OPPO Find X3 masih belum mempunyai sebarang tarikh pelancaran namun seorang pengguna media sosial Weibo telah memuat naik sebuah poster yang mungkin menunjukkan tarikh pelancaran peranti tersebut.

Poster tersebut menunjukkan tarikh pelancaran 11 Mac 2021, jam 7:30 petang waktu China. Sebelum ini, OPPO sudah pun mengatakan bahawa mereka akan melancarkan siri Find X3 pada bulan Mac namun tidak menyatakan hari yang spesifik. Poster yang telah tertiris ini mungkin menunjukkan tarikh rasmi untuk pelancarannya.

Setakat ini, maklumat awal mengatakan siri Find X3 akan mempunyai rekaan bonggol kamera yang sangat unik, dengan permukaan telefon yang tidak rata. Ia juga dikhabarkan akan dilengkapi Snapdragon 888, RAM 12GB, storan 256GB dan skrin OLED 6.7 inci 120Hz.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Find X3 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version