Site icon TechNave BM

Tarikh pelancaran vivo X90 mungkin akan diumum pada 24 Oktober 2022

Setiap tahun, vivo sering melancarkan model terbaharu untuk siri telefon pintar perdana vivo X pada akhir tahun, seperti yang berlaku untuk siri vivo X70 yang dilancar pada September 2021. Selepas vivo X80 pula dilancar pada April 2022, kini siri vivo X90 dijangka akan dilancar pada akhir tahun ini.

Tarikh pelancaran untuk siri vivo X90 mungkin akan diumumkan dalam acara Imaging Strategy Conference oleh vivo yang akan berlangsung pada hari Isnin, 24 Oktober 2022. Dalam acara tersebut, vivo akan memperkenalkan cip pengimejan terbaharu iaitu vivo V2 yang mungkin dilengkapkan dalam siri vivo X90.

Sebelum ini, vivo X70 dilengkapi cip pengimejan vivo V1 iaitu cip pengimejan pertama yang dibina khas oleh vivo. Selepas itu, vivo X80 pula dilengkapi cip pengimejan sama yang diperbaharui, bernama vivo V1+.

vivo juga telah bekerjasama dengan syarikat lensa ternama Zeiss bagi menghasilkan pemproses signal imej (ISP) dalam siri vivo X70 dan X80.

Siri vivo X90 dikhabarkan akan terdiri daripada tiga varian utama iaitu vivo X90, vivo X90 Pro dan vivo X90 Pro Plus. Untuk varian tercanggih, vivo X90 Pro Plus dijangka akan mempunyai cipset Snapdragon 8 Gen 2, sensor kamera berukuran 1 inci dan pengecasan pantas 100W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri vivo X90 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MySmartPrice

Exit mobile version