Site icon TechNave BM

Tarikh pelancaran Xiaomi 12 Ultra didedahkan, pengacah rasmi akan muncul minggu depan

Awal minggu ini, Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun memberi bayangan bahawa telefon andalan Xiaomi 12 Ultra baharu akan dilancarkan pada bulan Julai ini. Walaupun dia tidak mengesahkan peranti itu, kami pasti ia adalah Xiaomi 12 Ultra. Kini, salah sumber telah mendedahkan kemungkinan tarikh pelancarannya.

Xiaomi 12 Ultra didakwa akan dilancarkan pada 5 Julai 2022. Setakat yang kami tahu, pelancaran ini akan dibuat di China. Pelancaran secara global akan diketahui kemudian. Selain itu, sumber juga mendakwa bahawa pengacah rasmi untuk peranti itu akan mula muncul pada 28 Jun 2022.

Ini bermakna anda boleh menjangkakan maklumat akan didedahkan di halaman Weibo Xiaomi. Walaupun kami tidak mengetahui spesifikasi dan ciri yang tepat untuk telefon itu, Lei Jun mengesahkan bahawa Xiaomi 12 Ultra akan menampilkan cipset Snapdragon 8+ Gen 1.

Menggunakan Xiaomi 12 Pro sebagai asas untuk perbandingan, kami boleh mengandaikan bahawa ia akan mempunyai sekurang-kurangnya 12GB RAM, 256GB storan dan mungkin mempunyai tiga kamera 50MP. Selain itu, kami menjangkakan untuk melihat bateri yang lebih besar dan paparan yang lebih besar.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: TechGoing

Exit mobile version