Site icon TechNave BM

Tarikh promosi Steam seterusnya tertiris untuk musim sejuk, luruh dan Halloween

Steam merupakan sebuah perkhidmatan permainan video yang sangat popular di kalangan pengguna PC dan mereka juga kerap menganjurkan pelbagai promosi istimewa di mana ratusan game akan dijual dengan harga diskaun. Walau bagaimanapun, tarikh promosi tersebut tidak pernah didedahkan sebelum ia berlangsung.

Kini, promosi Steam seterusnya untuk 2021 telah pun tertiris, di mana promosi terdekat adalah Digital Tabletop Fest 2021 yang akan berlangsung pada 21 hingga 25 Oktober. Seperti yang tertera pada namanya, promosi ini akan menawarkan harga diskaun untuk pelbagai board game digital seperti UNO, Monopoly dan Tabletop Simulator.

Kemudian, Halloween Sale akan berlangsung pada 28 Oktober hingga 1 November di mana Steam menawarkan harga diskaun untuk pelbagai game berunsur seram. Ia akan disusuli dengan jualan musim luruh Autumn Sale pada 24 hingga 30 November.

Jualan promosi terakhir tahun ini adalah jualan musim sejuk Winter Sale yang akan berlangsung pada 22 Disember 2021 hingga 5 Januari 2022, di mana kebanyakan game yang dijual dalam Steam akan menerima potongan diskaun. Perlu diingati bahawa ini hanyalah khabar dan bukannya tarikh yang rasmi daripada Steam, namun tarikh ini adalah serupa dengan jualan-jualan yang telah dianjurkan pada tahun-tahun sebelum ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave

Exit mobile version