Site icon TechNave BM

Tawaran pembelian awal HONOR X9b 5G: Deposit RM9 dan berpeluang menang RM1,500

Bermula 27 hingga 31 Oktober, peminat boleh membuat tempahan HONOR X9b 5G dengan hanya wang pendahuluan RM9 serta layak menyertai cabutan bertuah dan berpeluang menang wang tunai bernilai sehingga RM 1,500. Selain itu, pelanggan awal juga akan menerima hadiah percuma yang terdiri daripada penggantian retak depan dan belakang 365 hari, HONOR Choice Moecen Band dan HONOR Choice Earbuds X5.

HONOR X9b mempunyai kekukuhan peranti 360° dengan paparan anti-jatuh melantun ultra iaitu perlindungan ultra tiga lapisan serba baharu bagi melindungi paparan hadapan dan belakang. Perlindungannya termasuk balutan kusyen keliling yang mampu menyerap sehingga 1.2 kali impak jatuhan, dibina untuk tahan lama daripada segi luar dan dalam.

Telefon pintar ini telah memiliki sijil lima bintang rintangan jatuh setiap sudut, dianugerahkan oleh SGS Switzerland. HONOR X9b juga merupakan yang pertama dalam industri menawarkan pengguna penggantian skrin retak depan dan belakang selama setahun selepas tempoh pembelian. Dalam pada itu, HONOR menjadi yang pertama dalam industri menawarkan jaminan ‘gantian retak depan & belakang 365 hari’.

Untuk penghantaran, pelanggan yang menyertai tawaran pembelian awal akan diutamakan dan menjadi antara yang pertama menerima HONOR X9b 5G. Anda boleh menonton pelancarannya secara langsung pada 1 November 2023, jam 7:00 petang di Facebook HONOR Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang HONOR X9b anda layari laman web rasmi HONOR di sini. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version