Site icon TechNave BM

TCL bakal keluarkan peranti dengan rekaan skrin yang boleh dipanjangkan

Telefon boleh lipat antara peranti yang semakin menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia. Penyebaran maklumat serta imej peranti baru oleh TCL menunjukkan reka bentuk dengan skrin yang boleh dipanjangkan. Ia masih merupakan bentuk paparan yang boleh dilipat tetapi bukan seperti yang disangkakan!

TCL telah pun bersedia untuk mempamerkan telefon pintar dengan rekaan teknologi gelongsor (slide) di MWC 2020 tahun ini. Bagaimanapun, disebabkan kongres itu telah pun dibatalkan secara rasmi, kami masih lagi belum dapat kesahihan tentang spesifikasi secara keseluruhan tentang peranti itu.

Menurut sumber, bagaimana prototaip itu berfungsi ianya masih lagi belum diketahui setakat ini. Berdasarkan imej diatas, nampaknya paparan yang dimaksudkan boleh dipanjangkan secara beransur-ansur semasa anda meluncurkan telefon. Persoalannya bagaimana ruang lebihan pada bahagian skrin disimpan apabila ianya diluncurkan?

Mungkin anda tertanya-tanya adakah peranti dengan teknologi gelongsor ini akan berfungsi dengan baik atau sebaliknya. Kami tidak mempunyai jawapan untuk itu. Teruskan bersama kami di laman TechNave BM untuk berita kemas kini tentang telefon pintar.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version