Site icon TechNave BM

TCL buka kedai jenama pertama di Sunway Pyramid dengan tawaran promosi

TCL secara rasmi melancarkan stor jenama pertamanya di Malaysia hari ini yang terletak di pusat beli-belah Sunway Pyramid. Pembukaan ini direalisasikan bersama rakan runcit tempatan Vivid Concepts dengan rekaan dalaman yang menampilkan zon interaktif serta pengalaman berasaskan pengguna selain mempamerkan rangkaian produk terkini.

Antara produk utama yang diketengahkan termasuk siri TV QD-Mini LED terbaharu yang diumumkan minggu lalu iaitu model 115-inci 115C7K Premium dan 98C8K Premium. Turut dipamerkan ialah model TV menfokuskan permainan seperti C7K dan C8K yang hadir dengan kadar segar semula 144Hz, 288Hz VRR serta ciri TCL Game Master.

Selain televisyen, TCL turut mempersembahkan barisan peranti pintar rumah seperti pendingin hawa FreshIN 3.0, peti sejuk jenis Built-In dan mesin basuh-pengering TWD105-C31DG untuk diteroka oleh pengunjung. Bagi meraikan pelancaran ini, TCL menawarkan promosi eksklusif di dalam stor bermula serendah RM699, sah dari 30 Mei hingga 2 Jun 2025.

Dalam masa sama, TCL turut mengumumkan peranan baharunya sebagai Rakan Kongsi Global untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik di bawah kategori Peralatan Audiovisual Rumah dan Peralatan Elektrik Rumah. Di bawah kerjasama ini, TCL akan:

Susulan pembukaan di Sunway Pyramid, TCL turut mengesahkan rancangan untuk membuka stor kedua di IOI Mall Puchong pada 7 Ogos 2025. Syarikat itu juga dijangka memperkukuh kerjasama dengan rakan seperti Vivid Concepts dalam usaha meningkatkan lagi pengalaman pembelian secara fizikal untuk pengguna di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk hadir ke stor baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version