Site icon TechNave BM

TCL dedah bahawa PS5 Pro dan Xbox Series S/X baharu mungkin diumum pada 2023 atau 2024

Sudah lebih setahun dan konsol PlayStation 5 (PS5) masih merupakan peranti yang sukar dimiliki. PS5 masih dalam pra-pesanan di Malaysia walaupun ia diumumkan pada suku akhir tahun 2020. Sumber mengatakan PS5 Pro mungkin sedang dihasilkan kerana TCL mungkin telah memberi sedikit pendedahan.

Semasa pembentangan yang diadakan di Poland, TCL telah mempersembahkan TV baharunya dan memperkenalkan generasi konsol yang berbeza sepanjang tahun. Namun ada perkara yang mengejutkan ramai apabila PS5 Pro bersama Xbox Series S/X baharu muncul sebagai Gen 9.5 dengan garis masa 2023/4. TCL mengatakan “konsol separuh gen” tersebut akan muncul seperti yang dirancang.

Selain itu, terdapat maklumat lain semasa pembentangan. Kedua-dua Xbox Series S/X dan PS5 Pro baharu yang akan datang mungkin menawarkan resolusi 2160p atau UHD-8K sehingga output kadar penyegaran 120Hz. Terdapat juga GPU RX7700XT yang sepatutnya disediakan oleh AMD.

Kami tertanya-tanya sama ada ini hanya rancangan TCL tanpa berunding dengan Sony dan Microsoft. Menurut beberapa khabar angin sejak beberapa bulan lalu, kedua-dua syarikat mungkin sudah mengusahakan konsol gaming generasi akan datang dan bukannya varian yang dinaik taraf. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Push Square

Exit mobile version