Site icon TechNave BM

TCL lancarkan skrin gulung 17 inci OLED dan skrin gulung AMOLED 6.7 inci untuk peranti

Persidangan dan pameran teknologi CES 2021 masih berlangsung secara dalam talian. TCL kini memperkenalkan dua skrin dengan mekanisme gulung untuk kegunaan peranti di masa hadapan. Walaupun mekanisme skrin ini masih baharu, TCL dilihat berjaya menghasilkan skrin gulung dengan beberapa spesifikasi baik.

Skrin gulung OLED 17 inci dilihat seperti skrol. Ia adalah skrin fleksibel yang mudah alih dengan ketebalan hanya 0.18mm. Anda boleh membayangkan skrin ini seperti skrol lukisan klasik (boleh jadi TC atau skrin tambahan anda) yang boleh diletakkan di mana-mana sahaja anda mahu.

Ia hadir dengan warna gamut 100%, teknologi cetak dakwat sembur. Tambah TCL, kos skrin ini sebenarnya lebih rendah daripada teknologi skrin biasa.

Skrin gulung AMOLED 6.7 inci pula adalah skrin untuk peranti seperti telefon pintar. Skrin ini boleh dipanjangkan sehingga 7.8 inci (boleh menjadi tablet mini) dengan ketebalan kurang dari 10mm. Jadi, ianya lebih nipis daripada telefon boleh lipat.

Menurut TCL, skrin gulung AMOLED 6.7 inci mampu digunakan dengan gerakan gelongsor menggunakan jari sehingga 100,000 kali, Dengan satu gerakan menyeret butang khas, anda sudah boleh menggulungkan skrin ini.

Apakah pandangan anda mengenai skrin dengan mekanisme gulung? Adakah teknologi skrin fleksibel akan berkembang dan menjadi trend di masa akan datang? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version