Site icon TechNave BM

TCL lancarkan Thunderbird Smart Glasses Pioneer Edition dengan paparan mikro-LED lutsinar

Terdapat dorongan baharu untuk menjadikan cermin mata pintar sebagai perkara yang patut dibangunkan pada zaman sekarang. Baru-baru ini, TCL melancarkan cermin mata pintar Thunderbird Smart Glasses Pioneer Edition. Mereka menggunakan paparan LED mikro dengan panduan gelombang yang dikembangkan selama tiga tahun. Ia mempunyai paparan warna yang telus yang menjadikannya seperti cermin mata biasa.

Ini membezakan TCL berbanding kacamata pintar konsep Xiaomi yang hanya menampilkan paparan monokrom dan juga menggunakan LED mikro. Thunderbird Smart Glasses Pioneer Edition mempunyai LED kecil hanya berukuran 4 µm namun TCL mengembangkan algoritma proprietari yang membolehkan cermin mata tersebut memaparkan gambar berwarna.

Video di bawah menunjukkan demonstrasi mengenai ciri apa yang dibawakan oleh TCL pada cermin mata pintar ini. Pada dasarnya, tujuan utama penghasilan cermin mata pintar ini adalah untuk mengganti telefon pintar atau sekurang-kurangnya digunakan untuk melihat tugasan harian. Selain itu, fungsi lain Thunderbird ialah anda boleh membaca berita, melihat mesej, memeriksa jadual, mengendalikan perkakasan dalam rumah pintar anda dan sebagainya.

Demo dalam video itu juga menunjukkan bahawa Thunderbird mempunyai kamera terpasang pada bahagian tengah cermin mata. Anda boleh mengambil gambar dan secara automatik akan dipindahkan ke telefon anda. Tiada perincian mengenai kamera atau cermin mata dalam pengumuman pertama ini.

Anda masih memerlukan telefon untuk menyediakan sambungan Internet bagi mengaktifkan ciri yang ada padanya. Selain itu, terdapat kawalan secara sentuhan pada bahagian sisi. TCL tidak menyatakan bila Thunderbird Smart Glasses Pioneer Edition akan tersedia dalam pasaran atau berapa harganya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version