Site icon TechNave BM

TCL NXTPAPER 14 rasmi di Malaysia dengan paparan NXTPAPER 3.0 14.3″ bermula RM1,749

TCL Mobile Malaysia telah melancarkan tablet terbaharu, TCL NXTPAPER 14 yang akan mula dijual pada 12 Disember 2024. Tablet ini menampilkan teknologi paparan NXTPAPER 3.0 dengan skrin 14.3 inci, resolusi 2400×1600 piksel dan kemasan matte untuk pengalaman anti-silau yang optimum.

Ia juga dilengkapi cip MediaTek Helio G99, RAM 8GB, storan 256GB dan bateri besar 10,000mAh yang menyokong pengecasan 33W serta pengecasan berbalik. Tablet yang menggunakan sistem operasi Android 14 ini menawarkan ciri unik seperti suis fizikal untuk bertukar antara mod warna biasa dan “Paper UI”.

Dengan harga bermula RM1,749, pembelian dari 12 hingga 26 Disember akan menerima papan kekunci, sarung tablet dan stylus T-pen secara percuma. TCL NXTPAPER 14 adalah pilihan menarik bagi pengguna yang mengutamakan paparan mesra mata dan kerja untuk jangka masa yang lama.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan TCL NXTPAPER 14 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version