Site icon TechNave BM

TECNO Camon 40 Pro 4G dilancar di Malaysia: Skrin AMOLED 120Hz, kamera 50MP dan IP68/69 berharga RM899

TECNO secara rasmi telah melancarkan telefon pintar terbaharu dengan TECNO Camon 40 Pro 4G dalam pasaran Malaysia. Ia hadir dengan skrin AMOLED melengkung bersaiz 6.78 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz serta resolusi 1080 x 2436 piksel.

TECNO Camon 40 Pro 4G dikuasakan oleh cip MediaTek Helio G99 Ultimate yang dipadankan dengan RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Daripada segi fotografi, peranti ini menampilkan sistem dwi-kamera di bahagian belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT-700C yang dilengkapi dengan penstabilan imej optikal (OIS).

Ia turut disertakan dengan lensa ultra lebar 8MP manakala kamera hadapannya pula mempunyai resolusi 50MP. Bateri berkapasiti besar 5200mAh memastikan ketahanan sepanjang hari dengan sokongan pengecasan pantas 45W melalui port USB-C. Tambahan, telefon ini dilengkapi dengan pembesar suara stereo Dolby Atmos, pemancar inframerah (IR blaster), NFC dan perlindungan kalis air serta debu dengan penarafan IP68/69.

Sistem operasinya menjalankan Android 15 dengan antaramuka HiOS 15 yang menawarkan pelbagai ciri pintar dan kemas kini terbaharu. Salah satu ciri menarik pada peranti ini adalah butang FlashSnap satu sentuhan yang membolehkan pengguna mengambil gambar dengan lebih pantas serta sokongan untuk fotografi bawah air.

Spesifikasi TECNO Camon 40 Pro 4G:

TECNO Camon 40 Pro 4G tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Galaxy Black dan Emerald Lake Green. Peranti ini menawarkan pelbagai spesifikasi menarik pada harga mampu milik RM899. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version