Site icon TechNave BM

Tecno pertontonkan Phantom Ultimate 2, telefon konsep dengan skrin tiga lipatan

HUAWEI dijangka melancarkan telefon dengan skrin tiga lipatan pertama di dunia pada bulan September di China. Dalam pada masa yang sama, Tecno juga telah memperkenalkan telefon konsep dengan skrin tiga lipatan Phantom Ultimate 2 pada persidangan teknologi IFA di Berlin.

Pengumuman ini dibuat semasa Tecno bersedia untuk mengeluarkan telefon boleh lipat Phantom V Fold 2 dan V Flip 2. Tahun lepas, Tecno mempamerkan telefon konsep Tecno Phantom Ultimate generasi pertama dengan skrin boleh gulung di pameran teknologi IFA 2024. Paparannya boleh membesar daripada 6.55 inci kepada 7.11 inci dalam masa 1.3 saat sahaja.

Kini, Tecno kembali dengan konsep baharu Phantom Ultimate 2 yang menggunakan reka bentuk boleh lipat tiga. Phantom Ultimate 2 berukuran hanya 11mm apabila dilipat menjadikannya lebih nipis daripada Galaxy Z Fold 6. Ia menampilkan reka bentuk engsel baharu dan penutup bateri senipis 0.25mm yang dibuat daripada bahan Titan Advanced Fiber.

Telefon memaparkan paparan 6.48 inci apabila ditutup dan dan apabila dibuka, ia akan menjadi panel OLED 3K 10 inci dengan nisbah bidang 4:3. Peranti ini menyokong berbilang mod lipatan termasuk konfigurasi seperti komputer riba dan mod tontonan media. Engsel diuji untuk ketahanan sehingga 300,000 lipatan.

Tecno telah mengoptimumkan perisian Phantom Ultimate 2 untuk meningkatkan multitasking merentasi tiga tetingkap menegak dan menyediakan kertas dinding yang boleh disesuaikan untuk mod lipatan yang berbeza. Akhir sekali, peranti ini dilengkapi dengan unit tiga kamera di bahagian belakang.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version