Site icon TechNave BM

TECNO PHANTOM V Flip 5G mungkin akan dilancar di Malaysia pada 5 Oktober 2023

Pada bulan lalu, TECNO telah melancarkan telefon lipat bentuk clamshell yang pertama iaitu TECNO PHANTOM V Flip 5G. Ia mempunyai rekaan yang agak unik berbanding telefon lipat clamshell lain, di mana ia mempunyai bulatan besar di bahagian luar sebagai skrin luaran.

Pada hari ini, TECNO Malaysia pula telah memuat naik sebuah poster acahan (teaser poster) yang mengesahkan bahawa telefon lipat itu akan dilancar untuk pasaran Malaysia. Mereka tidak menyatakan tarikh pelancaran secara jelas, namun mereka sekadar menyertakan kapsyen “tinggal tiga hari lagi.”

Ini mungkin bermaksud TECNO PHANTOM V Flip 5G mungkin akan dilancar di Malaysia pada hari Khamis, 5 Oktober 2023. Jika itu bukanlah tarikh pelancarannya, mungkin TECNO Malaysia akan mengumumkan tarikh pelancaran sebenar pada hari tersebut.

Sebelum ini, TECNO PHANTOM V Flip 5G telah dilancar di India dan dijual pada harga INR49,999 (~RM2,830). Ia menampilkan skrin utama berukuran 6.9 inci yang boleh dilipat, manakala skrin luaran pula berukuran 1.32 inci.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon lipat ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version